Thursday, October 16, 2008

tengah stress




buat mase skarang ni, agak mustahil la klu kitorang bole update blog ni ari2 bukan ape, biasela ble nak dekat final sem ni keje2 skolah yang agak extream sudah mula dilakukan mende ni da lame bagi...tp, kitorang cam biase la last2 minit baru nak menggelabah. sebab tu la ade yang:
  • tdor lambat sampai nak bukak mata pun separuh mati
  • merungut xdapat tdo.buat ini,buat itu
  • buat list tuk keje2 yang x siap lagi
  • siap create poster lagi pastu letak kat desktop
nak buat cam mane lagi
tanggungla sendiri.....

chow

Tuesday, October 7, 2008

-A I D I L F I T R I -


Bermaksud kembali kepada FITRAH
jadi kitorang pon kembali juga bersama2 fitrah asal kami
iaitu:
  • malas nak study
  • maen game sampai lebam
  • study last minit
  • suke melambatkan keje yg diberi
dan macam2 lagi la...
So, untuk korang sume

JANGAN AMALKAN FITRAH INI!!!!

Tuesday, September 23, 2008

Randomly Picked


Present and 3 previous years..what say you?

Monday, September 22, 2008

Friday, September 19, 2008

G U L A oh G U L A


bukan gula ni
Time-time nak raye ni,
bekalan untuk gula dah mula menampakkan kekurangan
harge pon da mula mahal
mesti ada yang mengeluh

So.....

Baru2 ni aku dengar budak2 rmh ni ada melancarkan 1 kempen
berkonsepkan amal jariah la jugak
memandangkan kite masih dalam bulan puase kan
tajuk kempen ni: JOM GULA

setiap pengunjung yg datang kerumah ni akan mendapat habuan
sekampit gula pasir perai
sponsor by Makyo n Brothers
jadi jangan lepaskan peluang ini....

ramai dah dapat
x caye tanya fendi


Thursday, September 18, 2008

"I Q R A"



Semperna Menyambut Nuzul Quran, salah satu hari yang penting bagi kita umat islam kerana Surah Al-Quran pertama yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW di gua Hira'iaitu Surah Al-Alaq

"[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

[7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

[10] Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

[12] Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

[14] Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

[17] Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!


Antara isi kandungan surah ini menerangkan bahawa kepentingan menimba ilmu pengetahuan kerana pada ayat pertama "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"


Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita menimba ilmu pengetahuan walaupun terpaksa meredah pelbagai rintangan...

To all my beloved friends, bersabarlah walaupun anda terpaksa bersusah untuk mendapatkan ilmu kerana ia akan berguna pada kita suatu hari nnt..Insyaallah

Monday, September 15, 2008

.:Kegilaan TERBARU!!:.


Virus setan akan menangis sedang melanda...
peh, memang aku x blei tahan bai kalau mengawal mamat ni
macam ada sesuatu yg merasuk ah...

ape tidaknya..segala
tutorial, lab report, semayang terawih,
bahkan waktu tidor pon

bole diketepikan semate2 nak melihat skill-skill tusukan maut si NERO & DANTE ni!!

nasihat akula
"don't ever try to get closer with this kind of monster"
effectnye sunggoh dahsyat


percayalah.........


aku dah kena